PENGENALAN Portal e-Kampung adalah sebuah portal komuniti yang dibangunkan oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam untuk memperkukuhkan komuniti diempat buah daerah iaitu Daerah Brunei dan Muara, Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong yang terdiri dari 38 Mukim dan 190 Buah Kampung dan Rumah Panjang.
OBJEKTIF
Memperbaiki komunikasi dan kolaborasi diantara kerajaan dan rakyat.
Memperbaiki pengurusan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti kampung di setiap mukim dan daerah yang berlainan.
Mengesan dan memantau aduan awam bagi memperbaiki perkhidmatan awam untuk rakyat.
Menyelaras dan mengautomasi proses-proses manual dengan aplikasi dalam talian.